IKHTIAR JODOH ISLAM MALAYSIA
Kami satukan, Anda usaha ,Allah penentu segalanya..
NO PENDAFTARAN 002654867-T
10
Tahu n
Ikhtiar Jodoh IJIM Management
Kajian Statistik Dalam Negara
STATISTIK TERKINI DALAM NEGARA.

Kes jenayah 'cinta siber' membabitkan golongan wanita sebagai mangsa di negara ini, semakin membimbangkan berikutan peningkatan kes itu setiap tahun. pada tahun lepas sahaja, sebanyak 1,646 kes jenayah siber dilaporkan membabitkan kerugian lebih RM56 juta.
.
Pada 2014, sebanyak 1,015 kes sama dilaporkan berlaku dengan nilai kerugian RM52 juta Majoriti suspek warga Afrika...suspek akan memulakan perkenalan dengan menabur janji manis menerusi laman sosial seperti facebook, e-mel dan skype.
.
Insiden berkaitan jenayah siber dijangka mencecah 10,000 kes menjelang hujung tahun ini. peningkatan ini adalah kerana kekurangan kesedaran rakyat berhubung isu keselamatan alam maya.
171,252 PASANGAN BERCERAI SEPANJANG TAHUN 2014 SEHINGGA 10 JULAI 2016.
.
Seramai 171,252 pasangan beragama Islam bercerai dari tahun 2014 hingga 10 Julai lalu dengan Selangor, Sabah dan Johor mencatatkan kadar perceraian tertinggi sepanjang tempoh berkenaan.
.
Mengikut rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, sebanyak 59,712 kes perceraian dicatatkan pada tahun 2014. 63,463 kes tahun 2015 dan 48,077 kes sehingga 10 Julai 2016.. Selangor mencatat kes paling tinggi sepanjang tempoh itu iaitu sebanyak 30,901 kes. Sabah 22,331 kes dan Johor sebanyak 16,718 kes dari 2014 hingga 10 Julai 2016.
.
Kajian mendapati kebanyakan tempoh perkahwinan pertama yang berakhir dengan perceraian adalah dalam lima tahun ke bawah. Punca utama perceraian pula ialah tiada persefahaman, suami dan isteri curang, campur tangan mentua atau ipar duai serta suami tidak bertanggungjawab,"